23 Jan 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Heyy, seronok nampak cuti. Tau la duduk rumah, jalan-jalan TAPI tau tak sebab apa cuti? Apa specialnya 24 Januari 2013? Jangan asyik duk PaVi je. :D 



Hari nie 12 Rabiul Awal adalah merupakan cuti sempena mengenang akan kelahiran seorang manusia terulung yang pernah dicipta oleh Allah S.W.T. Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, seorang yang mencintai Tuhannya, agamanya serta umatnya. Sehinggakan pada kewafatan baginda juga masih memikirkan akan kesejahteraan umatnya.
Kalau Nabi Muhammad yang seorang boleh memikirkan jutaan umatnya setiap masa. sentiasa mendoakan umatnya. walaupun bilangan jutaan, tak akan kita yang seorang ini tak mampu nak merindui dan mendoakan baginda dalam satu hari.
Sememangnya kami sebagai umat Muhammad akan tetap merindui walaupun tak sempat berjumpa dan berjuang untuk baginda.
Mari lah kita menyambut hari Maulidur Rasul ini dengan penuh muhasabah diri.
Amin…

2 Maniaa:

Shakira Pathi said...

Subhanallah, rindu Nabi Muhammad, selawat ke atas baginda :')

lyannanuuur said...

:)