4 Apr 2012

Fakta tentang Handphone.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu sewaktu kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya :
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk *Lyana* :)

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

 5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.