1 Nov 2012

6 Tips Berkenalan Untuk Perempuan



Seperti ape yang lyana dan semua orang tau, lelaki nie die orang ade sikap EGO yang tinggi dan mempunyai sifat cerewet sebenarnya dan AWAS juga dengan buaya darat. “Don’t sangka clear wata no boya”.. :D
Antara yang penting juga ialah niat anda berkenalan… :) Sentiasa letakkan niat yang baik, insya allah kalau si Dia tuh jodoh anda.. Maka, bersatulah anda dan si Dia.

Antara tips yang korang boleh buat ialh :-

1. Mulakan perkenalan
Lelaki ni simple(mudah), kalau cakap A dia jawab A, tak ada dalam hati dia B,C atau D… Jadi senang kalau nak approach(dekati) lelaki. Zaman sekarang, tak salah kalau berterus terang, dengan hanya mulakan dengan “Salam” atau “Hi” di Facebook atau SMS telefon.. Cukuplah sekadar itu untuk permulaan.. Seterusnya ..
2. Perkenalan
Dalam mula berkenal, tanya latar belakang si Dia, berapa adik beradik, kerja apa, kerja di mana, masih belajar, belajar aliran apa? Semua soalan asas untuk berkenalan dengan seseorang..
3. Respon
Bila anda dapat respon dari dia, ini menunjukkan si Dia setuju untuk berkenalan dengan anda. Dalam pada respon itu, cuba tinggalkan sehari atau dua untuk tidak menghubungi dia.. Kalau dia bertanyakan khabar pada hari-hari kemudian, ada besar kemungkinan dia teringatkan anda.. Tetapi….
4. AWAS : Jangan Terlalu Cepat menunjukkan perasaan suka
Memang kadang-kadang tidak dapat disorokkan perasaan ini, tapi sebagai seorang perempuan dan wanita jangan terlalu cepat tunjukkan anda suka pada si Dia, kerana EGO lelaki kadang-kadang menganggap anda terlalu mudah untuk ditawan jadi “take your time” tak perlu bergopoh.. Kerana anda ada peluang untuk bermain tarik tali..
5. Kalau Si Dia berminat
Seperti yang diceritakan dalam mukadimah yang lelaki ini cerewet… Jadi kalau si Dia, terus dan masih hubungi awak… ini bermakna, anda punyai peluang yang cerah… antara perkara yang akan membuatkan si Dia tertarik pada anda… Pertama, dan pertama sekali memang dia lihat paras rupa anda, tipulah kalau dia berkata kalau dia tak lihat semua itu. Kedua, cara anda mejaga dia, berbudi bahasa? kasar? 3. Anda sepadan dengan si Dia, serasi dari semua segi dan Happy bila bertemu..
6. Seterusnya….
Dah serasi, dan happy, tunggu apa lagi… :) Ajaklah si Dia untuk masuk meminang dan berkahwin!.. :D 'sesungguhnya semua pasangan nak hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan' betul kan? lyana rase YA! :D


16 Fakta Tentang Apa yang Wanita Suka





Kaum wanita dan hawa sememangnya kuat sifat derianya ,(macam lyana :D) dari hujung kaki hingga hujung rambut dan padan lah kalau mereka nak bersiap memerlukan 3 atau 4 kali masa yang diambil oleh kaum lelaki. -tak kot, kite simple! :)
Dan oleh sebab komplesiti dan sensitiviti wanita, mereka sangat-sangat sukakan:-

1. Bau-bauan yang wangi dan menyegarkan.
2. Warna-warna yang terang dan menarik seperti bunga ros.
3. Objek-objek yang comel seperti teddy bear, patung-patung kecil
4. Baju-baju yang penuh dengan ketilitian dan kehalusan, seperti renda bunga pergelangan tangan, sulaman halus pada baju.
5. Barang kemas yang rekabentuknya menarik kemas tampak bergaya dan elegan
6. Makanan-makanan yang sedapenak dan rasa yang unik, kalau dibandingkan dengan lelaki dengan sifat “belasah saje”
7. Barangan bayi, kerana sifat keibuan yang merupakan fitrah semulajadi wanita.
8. Puisi dan sajak yang menonjolkan rasa kasih sayang dan cinta
9. Cerita, movie dan kisah romantik yang mengasyikkan
10. Lagu-lagu jiwang, kerana lirik-liriknya yang menceritakan hati mereka
11. Mendengar kata-kata manis dari diri anda untuk dirinya supaya rasa dihargai dan disayangi.
12. Dimanjakan dan dijaga dengan penuh kasih sayang
13. Gosip dan Artis mahu mengetahui trend terkini dan selalunya dijadikan idola.
14. Shopping! Mereka suka menyimpan koleksi supaya dapat kelihatan berbeza sentiasa.
15. Alat solek dan penjagaan kulit supaya sentiasa kelihatan anggun dan berseri menjadi daya pemikat kepada lelaki
16. Kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi “surprise” dalam bentuk hadiah, sambutan hari jadi, sambutan ulang tahun perkahwinan.

Haaaaaa, ape lagi. Kongsi dengan rakan-rakan lelaki awak supaya mereka lebih memahami sifat feminin kamu! :D 

6 Sebab Wanita Beruntung Mempunyai Rahim



Bukan ape, tadi lyana google dan terjumpe artikel nie. Memandangkan rata-rata pengunjung ialah wanita, jadi tak salah lyana berkongsi. :)

1. Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA..

Itu sahaje setakat nie. Ade tips menarik, lyana akan ping dan share untuk korangg! Suke takk? :D  :)

Tips nak FAMOUS kan blog anda :)


bosan kot blog awak, lambat mengalahkan siput dot dot!-getus lyana dalam hati :3

Okey, nampak statement atas tuu? Semua mesti bosan kalau view blog yang lambat loading kan? I pon! ==' erghh. So, kite nak bagi tips berguna untuk awak cara nak cantikkan blog, sekali gus dapat popularkan blog gituw~ Follower (s) pun sure akan bertambah 10K! :D Insya-Allah~ :) Mulekan! :-

  1. Korang WAJIB blogging tentang perkara-perkara yang sihat dan berfaedah sahaje. Jangan sesekali jadikan blog tempat nak caci maki, dan melampiaskan kemarahan korang. Kalau sekali due, It's okey! Tapi, kalau selalu? Readers akan rase tak selesa dan mula jauhkan diri dari blog awak. 
  2. Korang MESTILAH RAJIN! Rajin ape lyana? Rajin di sini ialah > Blogwalking blog blogger laen. Haaa, cara nie berkesan! Cnth : Awak cakap 'blog awak cantik, saye suke blog awak! :) ..kalau korang cume cakap mcm tu, mesti tuan punye blog akan click blog korang. Kalau die minat, die akan follow dan ceritakan blog awak pada blog die. Popular nanti~ :)
  3. JOIN CONTEST/ GIVEAWAY/ SEGMEN yang blogger lain anjurkan. Mane tau kalau korang menang 'Contest Blog Paling Awesome', peserta lain akan tengok blog korang, nak tau macam mane cantik nye blog korang. Mulai dari situ, awak pasti akan mula dikenali. Percayalah! 
  4. Kalau korang bukak blog orang laen, jangan sekadar bace sahaje! Sebaik-baiknye, tinggalkan komen korang untuk artikel yang dipostkan itu. Baru lah glamour gituu~ 
  5. Yang palingg penting ialah > JANGAN SOMBONG. Kalau sombong, semua orang tak suka. :3
  6. Selalu update entry. Make sure entry korang tu berfaedah. Jangan update pasal politik dah laa. Nanti korang akan lagi glamour. Masuk TV, Keluar dalam berita. Gile lah! Nak? So, jangan buat okeyh!
  7. Tak perlu cantik, asalkan cerdik. Biar lah cerdik tapi jangan pula gunakan kecerdikan untuk MENIPU. Dosa weyh~ :|
Sampai sini sahaje. Harap tips lyana tu boleh tolong naek kan blog korang, Sekali gus mendapat Anugerah Blog Paling Popular 2012. Mudah-mudahan~ Insya-Allah :) Aminn~

UPDATE: 3rd Giveaway by Lyana's Studio


Seperti yang semua tahu, Mini Giveaway by Lyana's Studio dah terbatal. DAN, itu bukan sengaja dibatalkan. :) Terima Kasih kepada yang dah join. -penat je la kite orang joinn- It's up to you nak kate ape, ape2 pun, I mintak maaf. Hadiah untuk Giveaway nie akan diberi kepada 3 pemenang bertuah menerusi my next Giveaway. ATAU, Kalau ade yang nak sponsor, Insya-Allah lyana boleh.
*
*
Kalau serius nak lyana sponsor GA/contest korang, sila maklumkan (PM) di facebook secepat mungkin. Seperti biase laa, siape cepat die dapat! :) And untuk Salina, Thankyou! Ade jugak yang bagi link blog contest kat entry Mini GA lyana, but! Sorry dear, I tak dapat publish. 
*
*
Diharap agar korang semua dapat faham. Sebab, alang-alang hadiah die dari my blogshop pun, tapi not bad ape.Mane ade orang nak bagi palazzo or cardigan macam tu je kan? Satu dari sebab laen GA nie dibatalkan sbb, ...tempoh mase GA terlalu pendek -10 hari je- Memang lambat la nak tunggu ramai peserta join. So, next Giveaway. :) 
*
*
Ape pun, lyana mintak maaf sekali lagi atass segala kesulitan sepanjang Giveaway nie berlangsung.