Amboii~ Ehh, cakap ape tuu kak Diana? :D
Tahniah diucapkan kepada Farid Kamil dan pasangannya Diana Danielle yang telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pada hari ini 3 November 2012 setelah mengikat tali pertunangan secara tertutup 2 September lalu.. Majlis Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle telah berlangsung dengan sederhana di Hotel Flamingo di tepi tasik.
Majlis Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle berlangsung pada pukul 8 pagi. Walaupun agak awal pagi, Diana menanyatakan ada beberapa sebab kenapa ia berlaku. Majlis resepsi sebelah Diana akan diadakan pada 21 November satu hari sebelum hari ulang tahun nya dan sebelah Farid Kamil akan di adakan Majlis pada bulan Disember.
Pengantin lelaki telah membawa 5 dulang hantaran dan dibalas oleh 7 dulang oleh pengantin perempuan. Mas kahwin adalah sebanyak RM10,000. Kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sama padan dengan serba putih dan pink.
Kalau tengok pada kawasan pernikahan mereka, tempat yang terbuka nampak nice.. Tepi tasik bersama bunga bunga indah dan juga kicauan burung dan diserikan lagi dengan pengacaraan dari Iqram Dizly. Diana Danielle yang berwalikan hakim sah menjadi isteri kepada Farid Kamill.. Alhamdulillah.. .. .Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. <SOURCE : HERE>
Sekitar Gambar Majlis Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle
Haih. Same pulak macam kain lyana nie :)
Tahniah! :) semoga Berkekalan. Aminn~ :) :) :)