3 Jul 2012

Peringatan untuk kaum hawa



  1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

  1. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

  1. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
  2. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

  1. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
  1. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
  1. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
    Orang yang gemuk tapi kurus, orang yang berpakaian tetapi terlanjang dan orang yang alim tapi jahil.
Terima kasih sudi baca. Peringatan untuk diri ini jugak! :)

Tips Web Sosial untuk Remaja


Jadilah diri sendiri. Jangan biarkan siapa pun meneka korang menjadi orang lain. Dan ketahuilah batas-batas. Korang mungkin tahu banyak soal Internet, tapi orang dan hubungan always berubah, dan kejadian yang tak terduga boleh terjadi di Internet. Lyana nasihat, tak payah menyamar! :)
Bersikap ramah saat online. Perlakukan orang lain seperti halnya perlakuan yang korang harapkan dari orang lain. Orang yang  agresif saat online berisiko lebih besar mendapat penghinaan dan pelecehan. Jika ada orang yang kejam dengan korang, cuba jangan bereaksi, jangan membalas dendam, dan beritahu dengan orang dewasa atau teman yang dipercayai. Gunakan alat privasi untuk mem'block' orang yang bersikap kasar.
Pertimbangkan post korng. Macam2 photo yang provokatif yang sangat akrab, bahkan dalam email pribadi, dapat menimbulkan masalah pada diri korang di kemudian hari. Orang yang sekarang korang anggap teman dapat menggunakan info ini untuk melawan korang kalau mereka memutuskan persahabatan. Dan sekali pun ada fail-fail privasi, orang-orang dalam daftar Friends dapat menyalin contents account korang di tempat lain.
Pahami yang “tersirat.” Mungkin bersahabat atau berpasangan dengan orang baru itu seronok. Tetapi sedarlah, sekali pun orang betul-betul bersikap baik, ada juga orang yang berbuat manis kerana ada maksud untuk mendapatkan sesuatu. Pesan dan merayu kalau-kalau sebenarnya adalah manipulasi.
Hindari kopi darat (bertemu langsung). Satu-satunya cara seseorang dapat mencedera kan korang  adalah jika korang berdua berada di tempat yang sama, jadi - agar 100% aman - hindari bertemu langsung dengan mereka. Jika korang benar-benar nak jumpa dengan seseorang yang korang “temui” secara online, jangan pergi sensorang okeyh!. Lakukan pertemuan itu di tempat umum, beri tahu orang tua atau orang dewasa lain yang dipercayai, dan ajaklah teman bersama.. :)
Tak payah nak CINTA MUKA BUKU sangat lahh :)



Cara memahami kata-kata wanita

Sememangnya, wanita amat sukar difahami. Kata-kata wanita itu pasti ada rahsia. Nak tau? Jom tengok :)

(1) FINE!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine!? Kebiasaannya, para wanita yang meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, seharusnya lelaki perlu untuk memberikan ruang supaya mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
(2) 5 MINIT- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, korang korang yang lelaki ni perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Hahaha. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang. So, harap bersabar lah menunggu kami-kami ni bersiap ye.. :)
(3) TAKDA APA-APA- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. So, lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya. Be gentle lah!
(4) SUKAHATILA! (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka. Hati-hati lah ya!
(5) WHATEVER!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”
(6) TAKPE , SAYA OK- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian , mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula. Ada paham?.
(7) Hmm .DAH AGAK DAH - Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda. Haa siapa suruh ulang kesalahan yang sama kan? 

Sekadar berkongsi.. 





10 Fakta tentang wanita


1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥ 

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri. 

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka. 

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya. 

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.” 

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. 

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥


Cinta, sayang, minat dan suka. :)



Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita . Segala apa yang kita buat , kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati dia . Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi .. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita . Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya .. )
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut habis terburai .. haha . Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita . Kita akan suruh dia diam sekiranya tekak kita dah nak pecah ! hahaha . :)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat , peribadi atau barang yang kita mahukan)
p/s : Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita .. tidak akan CINTA pada seseorang itu. -lyana sekadar berkongsi! :)

90 fakta tentang lelaki


1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat perempuan yang dea sayang.

3-Lelaki boleh suka seseorang perempuan dan kemudian lupa kat perempuan tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-"Apa kamu sedang buat?" Atau "Kamu sudah makan?" adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah. 

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis yang mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka! 

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas. ( susah laa macam nih >.< )

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.(hahak, betul laa tuh)

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, berikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan. 

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :) 
Sebagai perempuan, kite mesti tahu! hahaha :)