بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Berita menarik - ShopCoupons kini kembali menganjurkan contest untuk para blogger. Kali ini dengan kerjasama bersama Rakuten Malaysia, ShopCoupons menawarkan hadiah 10 x 100 Rakuten Super Pointskepada pemenang-pemenang.
Apa itu Rakuten Super Points (RSP)? RSP ini ialah nilai mata yang anda boleh kumpul dan guna unuk membeli produk di laman web Rakuten Malaysia. 1 RSP adalah bersamaan dengan RM1, jadi sekiranya anda memenangi 100 RSP, anda boleh membeli produk yang diingini dari Rakuten pada nilai RM100.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Tulis satu artikel blog mengenai 5 produk yang akan anda beli di Rakuten Malaysia
- E-mel link post tersebut kepada ShopCoupons diinfo@shopcoupons.my
- Tempoh peraduan adalah dari 1 Mei hingga 31 Mei 2015
- Kandungan bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Bahasa Cina
- Minimum 500 patah perkataan
CARA PEMILIHAN PEMENANG
Pemenang akan dipilih berdasarkan:
Kandungan
Adakah kandungan anda mesra internet? Bagaimana cara artikel anda disusun supaya orang akan membacanya?
Kreativiti
Adakah kandungan anda menarik? Adakah anda menyertai pelbagai imej atau video? Mungkin anda hendak bercerita? Tajuk artikel anda tidak dihadkan dan anda boleh menulis apa-apa sahaja entri yang kreatif! Contoh tajuk seperti “5 Produk Yang Ingin Saya Miliki dari Rakuten Malaysia” atau “Kisah Permulaan Membeli-belah di Rakuten Malaysia.”
Ketulenan
Kandungan haruslah unik, tulen dan milik anda! Sila jangan meniru hak cipta para blogger yang lain.
Media Sosial
Peluang untuk menang akan ditingkatkan jika artikel anda dikongsi di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Jangan lupa tag @shopcoupons juga!
Untuk bertindak dengan adil kepada semua peserta, pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan prestasi keseluruhan entri mereka. Jadi, pastikan artikel anda memenuhi semua kriteria di atas!
Semoga berjaya!
LET THE GAME BEGIN :)
Baca syarat dan terma penuh contest di SINI.
lyana pun teringin nak join hehehe :D