23 Jul 2012

Miniature Perfume GiveAway by Sally Samsaiman



Okeyh! Kalau boleh, lyana nak perfume


FLORA BY GUCCI :)

Kat rumah ade tapi dah nak habes. Nak beli, bila lagi kan. nak tunggu dapat duet raye? :D
okey, kalau lyana menang, lyana nak yang nie je. :)

Tolonglah en.random pileh saye okey? 



20 Jul 2012

Start mengajar, Isnin nie :)


Blackberry pernah hilang? :'(

Sedapnye dorayaki tadiii. 2 lyana makan! Nak lagi boleh? patutnye ade tart portugis hari nie. tapi, tak jadik beli. hukhuk! *makan tak ingat nak puase!*

Heyy. Alhamdulillah, qiraat dah siap. Orang pertame, untuk hari nie laa. :) Okeyh! Ingat nak buat hafazan hari ini. Semua surah set 1 dah hafal HABES kecuali surah nuh, baru je sampai 20. Ade jugak pujuk ustaz sbb nak buat surah nuh next week. :) tak boleh laa lyana, tak aci yawrr! :D Okeyh, lyana buat hari isnin. Ehh2. tak bolehh! Sebab? Tadi mase rehat ade student form 3 nie mintak lyana ajar die Math and Science. Kebetulan pulak lyana kenal die. Budak sekolah rendah dulu kot! :) Okey, tp lyana cuma kenal sekadarnye je lah. detail tu tidak laa. Die mintak lyana ajar die esok (sabtu/ahad0 dekat rumah lyana. mcm private teacher die la nie. Omaigoat!! Saye belek kampung malam nie jugakk! :) So? die pun tanye bile lyana free/ Kire2, haaa, isnin boleh. lepas habis kelas lyana laa. dekat? kantin okey? taknak? nnt bagi tau lyana, insya-Allah lyana datang. Heyyy, tadi offer jugak kat kawan2 laen kot2 ade yang join tuisyen nie. hehehe :D ade tu ade tapi tak ramai. sebnanye, lagi siket, lagi bagus. Anak murid lyana pun boleh la lagi focus! Cehh2 :) 

Okeyh! mule2 bg tau ustaz nka buat isnin, sblm balek kate nak buat selase sbb takut tak bleh datang buat kkq! Ustaz tnaye: Kenape? Emm, mula2 mmg malas nak jawab sekali kak jem jawab kan."Tak ustaz, lyana kena ajar budak form 3, kire teacher la nie :) " Alalala.. Bukan nak show off dapat jadi mentor cume , ade la siket. hahahahahahah *gelak jahatt*

Okeyh. esok dah puase. Selamat berpuase! :)
Jangan lupe solat tarawikh malam nie, WasSaLam! :D









19 Jul 2012

1st Giveaway By Wawa


Okeyh, harap saye menang. Wawa kate tag 2 orang, tapi saye tag semua orangg! :) 

Segmen : Giveaway Raya by shu-sya


GIVEAWAY RAYE! CEPAT LA JOIN :)

Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara


Jom join. Ade hadiah untuk top referral. 

*sory, GA lyana dulu untuk satu pemenang. tak larat nak bayar postage untuk reramai. :)



9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
SABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki!


 
Hiasan
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki
Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.
Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama. Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga dengan kawan. Anda terus percaya.
Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?
Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda dalam bahaya.
2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin
Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri.
Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.
Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh `terlepas pandang’ mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya, secara tidak langsung bermakna mereka mempunyai tahap kewangan yang stabil. Ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa `buaya profesional’, yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda wanita seperti ini, ingat…biar lambat, asal selamat!

3. Wanita `sosial’
Wanita yang sosial, suka pada hiburan malam, berparti, disko, pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah `masa muda inilah nak berseronok dan rasa macam-macam’, mereka sebenarnya `mengiklankan’ diri kepada spesies lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah antara resipi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu (dalam pelbagai aspek) oleh lelaki tidak bertanggungjawab.

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal.
Wanita berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak `terpilih’ lelaki penipu dan berbahaya. Jika dia `terjebak’ sekali pun dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri. Wanita yang berilmu berani `membetulkan’ keadaan dan mempertahankan haknya apabila perhubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.
Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.

5. Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya
Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak, comel atau macho serta mempunyai susuk tubuh yang menggoda?
Wanita perlu ingat, semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu, semakin usaha perlu digandakan meningkatkan `sistem pertahanan diri’.
Perlu diingat, paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita. Ia seharusnya hanya menjadi ciri bonus yang ada pada lelaki.

6. Wanita yang sabar tidak bertempat 
Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai jenis yang selalu `makan hati berulam jantung’ atau mungkin juga `makan tangan berulam kaki’. Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan, tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan atau suaminya, tetapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar, dia terseksa dan tertekan.
Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa nanti. Tidak salah bersabar tetapi jika kesabaran itu akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan seolah-olah memberi `lesen’ kepada pasangan untuk terus mendera, menipu dan menghina maruah wanita. Ingat kata orang dulu-dulu, ‘sabar biarlah bertempat’.

NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah

Lyana baru bace. copy paste untuk berkongsi :)


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….

17 Jul 2012

Random updates part 1




Ouhh, okeyh! Kepada pemenang, sory lambat reply. Tak bukak lappy.Thanks zuhairah sbb ingat kan. So, lepas nie busy nak pegi pos hadiah. Sorry lambat aliaa. Tak terbukak laptop. baru hari nie. Okeyh, see u soon guys! :)


13 Jul 2012

Pemenang Lyana's Studio First Giveaway



Saat yang dinanti-nantikan oleh semua pesearta LS-Lyana's Studio 1st Giveaway telah tiba. Jeng jeng jengg! 
Lyana tutup cepat before pukul 12 sebab takut tak sempat! :) #peacee!

Dan seorang pemenang yang bertuah untuk memenangi Lens, Flatshoes, inner neck dan shawl ialahh :

Peserta no. 129

http://nuraliahanani98.blogspot.com/2012/07/lyanas-studio-first-giveaway.html

yeayyy! tahniah adek Aliaa Hanani. 

Sila tuntut hadiah anda dalam masa 5 hari. Jika saye tidak menerima ape2 daripada anda, hadiah akan terbatal dan diserahkan kepada pemenang kedua yang akn dicabut oleh Random.org. :)

PM saya di facebook : http://www.facebook.com/yanashah97 

Nama :
Alamat :
No. telefon :
Link GA :

#kepada yang tak berjaya, jangan risau.. lyana akan buat lagi kalau earning churpchurp naek. So, click la ye.. Satu pun jadi laa..
Maaf sbb tak dapat nak print screen en.random.org. Jangan risau, lyana tak tipu! Macam lyana kate semalam, lyana nak tengok futsal. So, busy! Nak pegii! :)




Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize



 Kamera Lomo with film worth RM50++

tag :


Debaran keputusan Giveaway




Hari nie 13 July dan esok 14 July. Makne nya esok la tarikh tutup giveaway lyana. Segala penyertaan yang diterima selepas pukul 12 tengah hari tidak akan dilayan. Kepada yang belum join, click nie http://www.dear-lyana.co.cc/2012/07/lyanas-studio-first-giveaway.html :) Cepat! 

penilaian giveaway secara rambang!

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian nak buat GA. Sape yang join, thanks a million. Yang tak join/tak sempat? Insya-Allah next time ade lagi. Dengan syarat, rajen-rajen kan lah diri click churp-churp lyana. Earning naek, lyana buat! :)

dan kepada sape yang DOUBLE LINK , hati-hati ye! Lyana dah tau siape yang buat. Jangan ingat lyana tak tau. Even ramai join, jangan ingat lyana tak kenal link yang lyana dah tick okey! Pemilihan adalah 100% oleh En. Random.org. 
Ok, list peserta lyana tak buat SEBAB pemenang hanya lah seorang. (yg betul2 lucky saje) So, no. yang diberi oleh En. Random lyana akan kira sendiri. Kalau no, kecik, lyana kira dari atas. Kalau besar, dari bawah! Mudah dan simple kan? Ape2 pun, Good Luck untuk kamu yang membaca. :) :)
 #maaf sangat kalau lyana tak dapat handle GA nie sebaik-mungkin. Minggu nie busy kot.esok lagi (nak tengok futsal yeayy!) minggu depan, shafawi HAFAZAN+QIRAAT. Pray for me guyss! :)




Lyana's Studio First Giveaway

SAMPAI 14 JULAI 2012

 STICKY POST



Click banner untuk URL. 


HADIAH MISTERI UNTUK TOP REFERRAL 





Taraaaaaaa. Dengan bangga nye merasmikan LYANA'S STUDIO FIRST GIVEAWAY!! Yeayy. Okeyh, giveaway nie lyana buat tak lame. Tak sampai 10 hari. So, cepat2 lah join okeyh? :) 

SYARAT-SYARAT

  1. Kena lah follow blog nie untuk perkembangan GA
  2. Like fanpage Lyana's Studio di sidebar
  3. Buat entry bertajuk Lyana's Studio First Giveaway
  4. Letakkan banner dan link kan pada entry nie. sebelum 14 July 2012
  5. Tag at least 2 orang blogger
  6. SIAP! :)
Pastikan korang ikut semua syarat-syarat simple. Pemenang akan dipilih oleh Encik Random.org :)

HADIAH

Pemenang akan mendapat 


2 pasang The Disney Land contact lens 
*warna bergantung kepada pemenang! :)


1 pasang flat shoes

2 pcs of crumple shawl (boleh pilih)
1 inner neck 

Giveaway akan terbatal sekiranya kurang 10 penyertaan.. So, jom lah promote habis-habisan!! :)
tutup : 14 JULAI 2012
umum pemenang : Insya-Allah pada hari yang same. :)






12 Jul 2012

Giveaway By Arisa Latifah



Tag dua orang blogger hebat nie :)


Lyana nak tag semua yang join GA lyana, followers, reader dan semua sekali. kalau sebut satu-satu banyak sangat! :)

# harap lyana menang! ~Aminnn.. :)








8 Jul 2012

Segmen : Saya Nak Topup RM 50


RM 50 untuk Top Referral. Jom laa. Sape nak bagi kan? :)

4 Jul 2012

Andainya lelaki tahu..



Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   


Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   


Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   


Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.  


Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.  


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   


Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.   Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 


Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sekadar berkongsi with you! :) 

Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...





Wanna join me? Click here. 



3 Jul 2012

Peringatan untuk kaum hawa



  1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

  1. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

  1. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
  2. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

  1. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
  1. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
  1. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
    Orang yang gemuk tapi kurus, orang yang berpakaian tetapi terlanjang dan orang yang alim tapi jahil.
Terima kasih sudi baca. Peringatan untuk diri ini jugak! :)

Tips Web Sosial untuk Remaja


Jadilah diri sendiri. Jangan biarkan siapa pun meneka korang menjadi orang lain. Dan ketahuilah batas-batas. Korang mungkin tahu banyak soal Internet, tapi orang dan hubungan always berubah, dan kejadian yang tak terduga boleh terjadi di Internet. Lyana nasihat, tak payah menyamar! :)
Bersikap ramah saat online. Perlakukan orang lain seperti halnya perlakuan yang korang harapkan dari orang lain. Orang yang  agresif saat online berisiko lebih besar mendapat penghinaan dan pelecehan. Jika ada orang yang kejam dengan korang, cuba jangan bereaksi, jangan membalas dendam, dan beritahu dengan orang dewasa atau teman yang dipercayai. Gunakan alat privasi untuk mem'block' orang yang bersikap kasar.
Pertimbangkan post korng. Macam2 photo yang provokatif yang sangat akrab, bahkan dalam email pribadi, dapat menimbulkan masalah pada diri korang di kemudian hari. Orang yang sekarang korang anggap teman dapat menggunakan info ini untuk melawan korang kalau mereka memutuskan persahabatan. Dan sekali pun ada fail-fail privasi, orang-orang dalam daftar Friends dapat menyalin contents account korang di tempat lain.
Pahami yang “tersirat.” Mungkin bersahabat atau berpasangan dengan orang baru itu seronok. Tetapi sedarlah, sekali pun orang betul-betul bersikap baik, ada juga orang yang berbuat manis kerana ada maksud untuk mendapatkan sesuatu. Pesan dan merayu kalau-kalau sebenarnya adalah manipulasi.
Hindari kopi darat (bertemu langsung). Satu-satunya cara seseorang dapat mencedera kan korang  adalah jika korang berdua berada di tempat yang sama, jadi - agar 100% aman - hindari bertemu langsung dengan mereka. Jika korang benar-benar nak jumpa dengan seseorang yang korang “temui” secara online, jangan pergi sensorang okeyh!. Lakukan pertemuan itu di tempat umum, beri tahu orang tua atau orang dewasa lain yang dipercayai, dan ajaklah teman bersama.. :)
Tak payah nak CINTA MUKA BUKU sangat lahh :)



Cara memahami kata-kata wanita

Sememangnya, wanita amat sukar difahami. Kata-kata wanita itu pasti ada rahsia. Nak tau? Jom tengok :)

(1) FINE!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine!? Kebiasaannya, para wanita yang meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, seharusnya lelaki perlu untuk memberikan ruang supaya mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
(2) 5 MINIT- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, korang korang yang lelaki ni perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Hahaha. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang. So, harap bersabar lah menunggu kami-kami ni bersiap ye.. :)
(3) TAKDA APA-APA- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. So, lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya. Be gentle lah!
(4) SUKAHATILA! (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka. Hati-hati lah ya!
(5) WHATEVER!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”
(6) TAKPE , SAYA OK- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian , mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula. Ada paham?.
(7) Hmm .DAH AGAK DAH - Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda. Haa siapa suruh ulang kesalahan yang sama kan? 

Sekadar berkongsi..