3 Sept 2012

Linda Jasmine Pecahkan Dinding Rumah!



Ini bukanlah adegan ganas seperti di dalam filem Hollywood ataupun tindakan Linda Jasmine kerana terasa hati dengan suaminya yang juga seorang aktor popular, Que Haidar.
Tetapi inilah kenyataan yang dihadapi Linda Jasmine bersama-sama Que Haidar demi memastikan kediaman mereka di Ampang tampak lebih luas, selesa dan sesuai untuk memuatkan keluarga mereka yang semakin membesar.
Kediaman jenis kondominium yang telah diduduki lebih 12 tahun itu, kini menjadi semakin luas apabila akhirnya mereka diberi kelebihan untuk memiliki unit bersebelahan sekali gus mengubah suai menjadi satu unit yang luas.
Malah jika dahulu bilangan bilik yang mereka miliki hanyalah tiga, tapi kini menjadi tujuh bagi memuatkan keluarga pasangan seia sekata itu.
Lebih istimewa lagi apabila kediaman baru itu sudahpun siap sepenuhnya sebelum Syawal, sekali gus membolehkan keluarga serta rakan taulan untuk berhari raya ke kediaman mereka yang berkonsepkan moden kontemporari itu.