21 Nov 2011

SGT 10' for you.


Special credits: Google.

Woot. Yang kat atas tuh bukan kite punya ok! Kite punya baru 3 hari beli tak kan dah ade keyboard kan. hehe. Kalau nak keyboard 2, sruh tab 2 beranakkan. kehkehkeh. So, kite kalau nak berfacebook, google, youtube dll, kite kena gune on screen lah kan. Bercerita mcm die je yang hade kan! Yaa, of coz lah kan. Bnde baru dapat, suma nye nak diceritakan. Tapi, kalau kite dapat MY SYG kite, kite diam je ok! Haa, cakap pasal MY SYG nie kan, kite pun tak tau lah. Kite rasa die nie jeles dengan present yang baru kite dapat nie. Hehehe. Awak jangan lah jeles ok, nnt kite hadiah kan awak kotak nye. Awak gunting dan tunjuk lah kat kawan2 awak! :) -Cadangan nie! Ok fine, kite tau tak lawak. Tapi, ade aku kesah? Hahaha. Memandangkan kite ade adek, so stakat nie die je lah yang pegang, sketch sane sini. Alahh, budak2 macam 2 lah. Teruja? Of Coz! :) Actually, kite post kan entry nie lepas kite received message from MY SYG. Nampak sangat cuti2 nie on phone and laptop kan even sekarang nie Malaysia vs Indonesia. :)

# Restu ayah bonda with MY SYG! Release tension jap.

Surat cinta.


Kekasihku yang dirindui...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. :-(

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
NLMS

# Camne? Terbaekk!! Haha.

SGT. Mine only.



Hari ini merupakan hari ke-3 kita bersama tab. wahh. Aku ade! Kau hade? Hehe. Ayat yang biase keluar dari mulut nie. Hee. Seperti yang dijanjikan oleh my parents, disebabkan peningkatan prestasi yang drastik this year, maka dapatlah SAMSUNG GALAXY TAB 7''. Ehh2, kite tau you all jealous wright? Kite hengad kan dapat tab nie after PMR, tapi dah rezeki. Kite terima lah seadanya. Kalau zuhairah boleh dapat DSLR, kenape kite tak boleh dapat galaxy tab kann? Hah! Memang terbaek lah kan. My mum ade pesan kalau dah dapat tab tu, jangan asyik nak focus ke situ saje. Study, homework kena balance kan. Ok! Promise mum! :) Hee. Sangat lah suke. Pastikan result PMR tahun depan 9A's! Insya-Allah. Wish me luck! 

# Baru2 nie kite dapat offer jadi model herbalife utk sorang customer. Nak ke?
Eiishh! 

Contest Blog Simple But Awesome

Assalamualaikum.


CLICK HERE to join.
Actually, nie kali ke tiga puluh ratus kita join contest tapi belum pernah menang. Haha. Saje cuba nasib. Mne lah tau yang ni kite menang. Kite dapat tau pasal contest ni pun dari blog Kak Hafizah kesayangan kite tau. Jangan jealous ok! Hopefully kali nie kite menang. Wahh!