27 Nov 2011

Daftar Nuffnang


Actually, post ini direquest dari MyLa. Dia suruh lyana buat entry ni sebab mungkin die rase lyana jekowt yang pro. Ok! Stop it. Nuffnang ini dikenali dalam kalangan blogger keranan kita akan dapat duit kalau dapat menarik trafik ke blog kita. Tak mau cerita lebih sebab takut tersalah bagi ilmu. So, jom mulakan! ;D



Ok! Mula-mula daftar nuffnang dengan cara klik je mana-mana banner nuffnang yang korang jumpa. Bagi yang baru nak daftar, CLICK HERE

Bila dah bukak home Nuffnang yang camni.

Lepas tu, klik sign up kat atas tu. Kat sebelah kanan tu ada pilihan bahasa. Gunalah bahasa yang korang score A. :)
Then, akan kluar kat bawah tu sign up as, sila ambik blogger.
Kemudian isi segala pertanyaan yang ada kat situ. Ok atau pening? :0


Isi segala pertanyaan sampai bawah, and kat bawah tu lepas baca pasal term & condition Nuffnang, korang tick je semua yang disuruh tick. Ermm..tapi kena la faham T & C. ;)
Kalau cik2 puan nie bwh umur, sila minta izin parents or guna ic org dewasa! Cnth: kakak, abang. Minta izin ok! 


Ok dah, korang akan masuk page utama iaitu kira home korang la yang macam lyana punya ni.

 Yang lain-lain tu boleh explore sendiri, lyana cuma nak tekankan pasal Blog Manager ni.


 Yang ada heart merah tu perkara-perkara yang penting. Pilih opsyen Global CPC, baru ada iklan bila trafik anda naik. :)

GUD LUCK MY DEAR MYLA! :)




25 Nov 2011

SMKSK vs SMK DUHA.


Haaa, sekolah mane tuh? Haaa, itulah bakal sekolah baru lyana. Lyana nak pindah? Hmm,keputusan nye pada 5 Disember 2011. Hehe. Tak sabar kan?.. Heee, insya-Allah kalau ada rezaki mungkin lyana akan sambung belajar kt SMK Sg Kertas.. Tapi, kalau takde rezeki, nampaknye, sekolah di atas lah sekolah lyana. SMK Dato' Undang Haji Adnan. :'( Dan2, Lyana cuma akan maklumkan kat orang2 tertentu sahaja tentang keputusan yang akan diterima nanti dan orang itu ialah My BFF, Afira Alias.. Sebab? Lyana nampak die risau sangat. Tak baeklah macam tu kan. Kate kawan. =) Haaaa, btw baru-baru nie lyana ada terbaca surat rayuan yang ayah lyana buat supaya tidak di transfer kan. Wow, hebat lah ayah lyana. Kan2? Lyana jumpe surat tuh mase kemas2 rumah. Tapi JUJUR, lyana dah tak berani nak tanya pasal pindah-pindah ni. Lagi pun sekolah tuh boleh tahan dekat jugak lah dengan rumah baru lyana tuh. So, lagi lah senang kan. Senang? Hmm, just wait and see je lah. Relax lah beb, even lyana pindah sekali pun, kite still boleh jumpa kat social network yang lain.. Wright? =) 

21 Nov 2011

SGT 10' for you.


Special credits: Google.

Woot. Yang kat atas tuh bukan kite punya ok! Kite punya baru 3 hari beli tak kan dah ade keyboard kan. hehe. Kalau nak keyboard 2, sruh tab 2 beranakkan. kehkehkeh. So, kite kalau nak berfacebook, google, youtube dll, kite kena gune on screen lah kan. Bercerita mcm die je yang hade kan! Yaa, of coz lah kan. Bnde baru dapat, suma nye nak diceritakan. Tapi, kalau kite dapat MY SYG kite, kite diam je ok! Haa, cakap pasal MY SYG nie kan, kite pun tak tau lah. Kite rasa die nie jeles dengan present yang baru kite dapat nie. Hehehe. Awak jangan lah jeles ok, nnt kite hadiah kan awak kotak nye. Awak gunting dan tunjuk lah kat kawan2 awak! :) -Cadangan nie! Ok fine, kite tau tak lawak. Tapi, ade aku kesah? Hahaha. Memandangkan kite ade adek, so stakat nie die je lah yang pegang, sketch sane sini. Alahh, budak2 macam 2 lah. Teruja? Of Coz! :) Actually, kite post kan entry nie lepas kite received message from MY SYG. Nampak sangat cuti2 nie on phone and laptop kan even sekarang nie Malaysia vs Indonesia. :)

# Restu ayah bonda with MY SYG! Release tension jap.

Surat cinta.


Kekasihku yang dirindui...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. :-(

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
NLMS

# Camne? Terbaekk!! Haha.

SGT. Mine only.



Hari ini merupakan hari ke-3 kita bersama tab. wahh. Aku ade! Kau hade? Hehe. Ayat yang biase keluar dari mulut nie. Hee. Seperti yang dijanjikan oleh my parents, disebabkan peningkatan prestasi yang drastik this year, maka dapatlah SAMSUNG GALAXY TAB 7''. Ehh2, kite tau you all jealous wright? Kite hengad kan dapat tab nie after PMR, tapi dah rezeki. Kite terima lah seadanya. Kalau zuhairah boleh dapat DSLR, kenape kite tak boleh dapat galaxy tab kann? Hah! Memang terbaek lah kan. My mum ade pesan kalau dah dapat tab tu, jangan asyik nak focus ke situ saje. Study, homework kena balance kan. Ok! Promise mum! :) Hee. Sangat lah suke. Pastikan result PMR tahun depan 9A's! Insya-Allah. Wish me luck! 

# Baru2 nie kite dapat offer jadi model herbalife utk sorang customer. Nak ke?
Eiishh! 

Contest Blog Simple But Awesome

Assalamualaikum.


CLICK HERE to join.
Actually, nie kali ke tiga puluh ratus kita join contest tapi belum pernah menang. Haha. Saje cuba nasib. Mne lah tau yang ni kite menang. Kite dapat tau pasal contest ni pun dari blog Kak Hafizah kesayangan kite tau. Jangan jealous ok! Hopefully kali nie kite menang. Wahh! 

18 Nov 2011

Jamuan 2AA 2011.

Assalamualaikum.

Today, kite nak share with you all about jamuan kelas kite, 2AA. Kite share kat sini sebab skrg nie facebook bahaya. Tanggal 18 November 2011 merupakan detik bersejarah bagi semua students 2AA. Sebab, next year kite kena b'pisah dgn beberapa orang kawan kite. Hmph. OK!! Lupekan pasal semua tuh sekejap. Even bnyk games yang t'pakse AJK permainan batalkan, jamuan nie tetap 'best' wright? Hee~ Best lah sangat kan. Haha. Mase jamuan tadi kite just makan 4 potong honeydew and chocolate cake afira je sangat sedap itu. Kat bawah nie kite nak post beberapa pic yang sempat dicapture oleh Zuhairah dan Lyana.

kek 2AA. Even kita dduk sebelah kek, kita yang tak dapat

Syahmi dan guru kesayangan kite, Ckg Nora 

dari kiri: Akhma, Afira dan Asyikin.

Dari kiri; Farah dan Syahirah. *Pic zu takde sbb die papandai delete dr camera lyana. 

Ckgu Nora dan pljr cemerlang form 2, Syahidi. Lyana? no.2. :)

Yg paling kanan 2 present from Ckg nora sbb jd pljr cemerlang (P) 2AA,2011. 

Kite tak upload video lagi sebab kite arrange dulu. Kalau rajen, follow and view lah blog kite untuk info dan video selanjutnye. TQVM. :)

# Kali ni kite just dapat 8A 1B je. Highest? Syahidi, 9A's
Tahniah. :)









16 Nov 2011

[11 11 11] 1st Giveaway Myna

Assalamualaikum.

Firstly, thanks to Nazuha sebab tag lyana dalam satu contest hebad nie. 
Kalau nak join, CLICK HERE

Contest nie ade rules die kalau nak join. Present die pun tak kurang habad jugak tau. So, rajin-rajin kan lah diri anda untuk menjenguk blog Myna Yusof ok?

Lyana nak tag 3 orang budak shomel nie :

# Hope lyana menang dalam contest nie. Aminn~




14 Nov 2011

Contest My BFF by AneyzSams.

Assalamualaikum.


Firstly, thanks to Myla, Farah and Eyka sebab sudi invite lyana utk join satu contest nie. 


Heyy, kalau nak join CLICK HERE =)

Dekat bawah nie lyana nak tunjukkan 2 gambar yang dipertaruhkan dalam contest nie:



Ngee. Ok tak guys? Ok kan? Hope lyana menang lah dalam contest nie. Kalah kan sume orang. Kehkehkeh. 
Lyana nak tag 3 budak chomel nie:

Ok lah, tata titi tutu. =) 






Tagged again.

Assalamualaikum.


Firstly, thanks to MyLa cos sudi tag me in your game. Name lyana atas sekali tu. Heee. Aku ade. Kau ade? Takde kann. Wekk :P


Ok, now i'll answer all her question honestly. :)





Thanks a million MyLa. :)






11 Nov 2011

Look at yourself first!

Assalamualaikum.



Simpati dengan nasib my tutor, Kak fizah. Sepanjang lyana jadi silent reader die, die tidak lah menunjukkan benda-benda negative. Hmm, hairankan. To me, kak fizah nie ok ape. Siap buatkan tutorial untuk sume rakan blogger die. Tidak lah kedekut pun. Ade jugak orang kate die macam-macam kan! Rasenye lah, orang yang kutuk-kutuk kak fizah tu maybe blog die buruk tahap gaban. ataupun IQ die rendah, susah nak follow tutorial kak fizah. Nak coding pun lembap! Rase nye, kalau tanye die HTML tu pun die tak taukan. HAHA! Then, die suka-suka ati pulak nak kate orang!. Look at yourself first lah! Kalau berani, link kan blog kau lah weyhh, bagi kite orang tengok 'blog shantek' kau tuh! Entah-entah blog pun takde! Hah? Nak create blog pon tak tau! (Nie rasa cam nak maki dan maki lagi nie) .. Kesian kak fizah. Tak pe lah kak. Akak sabar je lah. Akak percaya lah, "Guest" tuh tidak sehebat akak!. Akak buat don't know je ok? :)

11.11.11

Assalamualaikum.






Hello peeeeepsss! I'm so excited, been waiting for today since the beginning of the year. Mane tidaknya, 11/11/11. Woahh, cantik gituu kann?? Actually, if tak ada apa2 today, me and classmates akan buat jamuan hari nie. Kire nye macam jamuan akhir tahun lah kira nya kan. tapi, my sis, Syahirah tepaksa ikut family die balek kampung today. So, our party akan di tunda ke jumaat minggu depan. Hoho. Terpaksa lah kan. If today our party lah kan, mesti tarikh 11/11/11 akan tersemat dalam ingatan wright? But, what can we do. Just waiting for the next time lah kan. Hmmm, calm down! Hahhh!


Heyy guyss, focus on study ok. KKQ is coming. Grrrr!!!

Tagged again.

Assalamualaikum.


Tagging games! Woahh.. Thanks a million to my sis, Afiqah sebab sudi tag kite in your games! Thanks yawrr. Acctually this games ade rules and of course, kite abaikan. Haha. Ok, back to the games:

Question from Afiqah :

1. do you taken or single?
2, school name
3. have another blog?
4. like kittens or not? why?
5. my look in your eye?
6. computer or laptop is better?
7. are you cute?
8. gadjet thats you love?
9. how many your siblings?
10. do you like horror movie?
11. what your feel if you know that someone like you?

My answer :

1. Honestly, Taken.. wahh.. :D
2. My sch? SMKSK a.k.a SuTAS.
3. yaa. tapi, kite dah removed! :(
4. No. It makes me sneeze! Haccumm!!
5. About you? Just nice dear. :)
6. Laptop. but galaxy tab is morre better! 
7. Of course! Haha.
8. My phone, my lappy.
9. I have 5 siblings. I'm 2nd.
10. Very excited, so happy. Hahahah :D

I have answered all questions honestly . 




9 Nov 2011

Tukar wajah blog.



Salam buat semua reader yang setia menunggu entry..
Sihat tak? .. Sihat leeettteeww. Alhamdlillah.. :)
*
**
***
Rawwrr.. Dah siap akhirnye kita edit blog nie tau.. Haa, perasan tak perubahan blog lyana nie? Cepatlah.. cube teka apa yang berbeza? Haaaaaaa, pandai pun.. Kalau korang perasan, dulu blog lyana nie colour pink je kan, bosan2 je kan? haaaaaa, tapi lyana dah tukar dah.. Lyana ambik mase 2 jam untuk tukar semuanye kepada warna biru. Biru? Biru pun cantekk jugak kann? Tema blog nie bukan nye lyana curi dari mane2 blog taww, nie memang idea sndri.. Cehh2.. haaaaaa, cam mane? Shantek tak?? Alalalalala.. Malu-malu pulakk die nie.. Kite tau shantek kan, shantek sangat. Haha.. Ok fine! Kite perasan. 

5 Nov 2011

Telatah Si Kembar

Wusshh, semalam merupakan hari paling penat lyana! Mana tak nya, lyana asyik kena kacau dengan 2 org anak saudara lyana. Biasa lah, kalau nak juga ank saudara yang lelaki sure lah susah siket kan. Nie pulak mase die orang tengah nak besar. Memandangkan lyana merupakan makcik kepada 16 orang anak saudara, so lyana hadapi semua tuh. Memang susah lah kan. At first die sampai kampung je, die terus lari kat lyana, salam2. hemm, tu takpe lah jugak sebab ramai yang tahu yg die orang memang rapat ngn lyana. Mkin sbb lyana suka lyana die orang kot! Entah ! Mse lyana tengah boring2 tuh, lyana kluar lah, jalan-jalan. Tetiba ank saudara lyana yang Ilham Shah tu panggil lyana Kak Limah. Dalam hati: Apa hal lah bebudak tuh panggil aku cam tuh. Hodoh sangat ke aku nie? ...Hmm, berfikir dan terus berfikir... Lantak lah. Then,mase lyana tgh basuh pinggan tuh, die setia menunggu lyana sampai habis. Memang setia kan die? Kalau lah MY SYG lyana macam tuh kan bagus. =) Hmm, bagi lyana MY SYG lyana tuh PERFECT! Ni antara anak saudara saya yang ade malam tadi:

Muhd Azam Shah
Muhd Ilham Shah
Surfina Darwisyah
Nurul Aishah