30 Dec 2011

Tips jadikan blog anda menarik. *hot



 1) Blog Lambat Loading / Beratt

kalau boleh jangan la letak macam² kat sidebar korang tuh ye . ye la , ada sesetengah orang tuh , selagi tak penuh sidebar dia , memang tak sah la kan . tak perlu semua tu kowt . menambahkan berat blog korang je nanti . letak benda² yang penting je , okay guyss? :)


2) Background music

Lyana lebih prefer blog yang pasang music yang simple² and jenis yang relaxing je . sebab , lyana tak berapa selesa bila lyana bukak aje blog tuh , music dia start punya la berdentum² .  cuba bayangkan , lyana tengah ber-blogwalking tengah² malam sunyi sepi , sekali terdengar pulak lagu² ala-ala blackmetal gitu , tak ke terkujat beruk lyana nanti ? tak kesian kat pengunjung blog korang ke ? huhu . 


3) K-Pop

okay , lyana tahu sekarang nih ramai orang yang tengah tergila-gilakan K-Pop . tak salah kalau korang nak minat benda² tuh semua . cuma , tolong la jangan kasi kepala lyana pening baca semua tulisan² korea korang tuh . kalau sikit² tu boleh dimaafkan lagi , tapi kalau semuanya korang taip dalam tulisan korea macam mana readers nak paham ? kesian tau pada sesiapa yang bukan peminat K-Pop tuh . mungkin korang fikir lyana ni kuno kan?  *kesah pulak aku! tapi tuh la , Lyana nih bukannya belajar advance sangat , sebab tuh tak paham pun bahasa² korea ni . sorry , setakat ni lyana cuma tahu bahasa Melayu , English , Arabic je . bahasa korea tuh , next time lyana belajar , okay ? :) *kowt lahh! :P


4) Cara penulisan

remaja Melayu kita zaman sekarang nih dah advanced . tengok la , sesetengah cara penulisan diorang tuh punya la berbunga-bunga . apa tu orang panggil , "Bahasa Rempit" kan ? memang rempit betul lah bahasa tuh ! sampai tergeliat lidah lyana nak membaca satu² ayat tuh . kau tengok contoh ni :

aquw mencii betowll lhaa nan mamad uwh ! adew kew patowt dea remove aquw drii fwend list tart pesbuk dea ! dea engat aquw nux sanadd kew kawan nan dea ! eii , gewammm !

haha . tengok , dah panjang sejengkal dah muncung lyana ni, punya la nak baca ikut lenggok ejaan ayat tuh. hihi. jangan buat macam tu ye. kesian kami² yang tak expert nih :P

Sekian , dari Lyana . korang ubah-ubah lah ape² yang patut ok? :)

29 Dec 2011

Peraduan Blog Tercantik


Click banner kalau mau join. :)


End Year Mega Giveaway.



Tag Syafira and Irdina | Random from my tagboard! :)


Back to school



\Bismillahirrahmanirrahim/ *Jawab salam dulu yangg. Camne persiapan hendak kembali ke sekolah? Adakah anda sudah bersedia? Mari kita lihat, Where the money drop.?..*Weee, agak sedikit skema dan merapu!. ;D Suka hati lah kan. Ok, back to our topic, korang dah beli dah pensel box, beg, pensel, pemadam, pembaris, baju, tudung, kain, seluar, kasut, stokin.. ? wuuhh. Penat lah. Heh, dah beli ke belum? Kalau dah beli, BAGUS! Syabas dan tahniah diucapkan. Lyana baru je beli buku hari nie. Baju, kain, tudung beli hari selasa lepas. Sume nye beli last minit kan? Lyana rase tahun 2012 nie lyana tak mintak sakan sangat kat ayahanda dan bonda. Tak nak susah kan mereka lah katakan. Tapi memang! Lyana cume beli yang penting-penting je. Kalau ade ape-ape ang kurang nnt lyana beli dekat co-op je kowt. Tak de masa sebab baru 3 hari je sampai rumah. Tersangatlah penat! Huhh. Dan macam biase lah, cuti-cuti nie diganggu dengan makhluk halus unknown number. Ntah sape ntah. Bile tanye, kata name die Rendy. Kalau Randy Pangalila a.k.a Andy anak kepada jutawan Hardiyanto Rasputra tak pe lah kan? Nie ntah Rendy mane ntah. 1st day tu, ok lah. Maybe die salah number. Tapi 2nd day boleh-boleh lagi nak ajak jumpe lepas balik kerja. Bile masa aku kerja? Kat mane aku kerja? and after die ajak jumpe tu, lyana terus-terang je lah, kate lyana tak kenal die, tak nak die gnggu. Naseb die paham Bm walaupun die Indonesia. Eh, betul ke? Ntah lah. 

21 Dec 2011

Contest blog Ringan, Comel, Kemas.



*Click banner kalau nak join. :)

Cara pemilihan:

  1. Blog mestilah Ringan , Comel , Kemas
  2. Tiada voting. Nazuha dan Auni akan pilih menggunakan mata kasar mereka.
  3. Penggunaan font juga amat mempengaruhi untuk membolehkan anda menang. 
Tag: Athirah dan Cyda

*Baru lyana dapat tahu yang aktiviti tembak-menembak malam tadi rupa2nya betul2 depan apartment lyana.  *SHOCK! Tau pun sebab ade yang bagi tau. Dah masuk berita pagi tadi. Ya Allah, Kau selamatkanlah aku dan keluargaku sepanjang menetap di sini. Aminn.~


Special Header for Me!




*Nak baca dengan lebih Wow? Click SINI.
Weeeeeeee. Tersangat-sangat lah happy go lucky right now because kak fizah buat kan header yang terlalu special untuk lyana and maisarah. Lyana pun tak tau kenape tetibe lyana dapat free header. Kak fizah kata sebab lyana and Maisarah baek. Weeeee. Kembang lah kann. Wekk2.  Anyway, dari semalam lyana dah tau tapi baru hari nie nak pakai sebab blog nie mane boleh letak header sesekatije kan?.. So, lyana kena lah ngedit dan upload kan ke Photobucket. Ambik link dan coding sendiri! :) Huhhh. Akhirnye... Look WOW right? :) Thank you akak! :)


Contest blog paling kemas.


Masih menjaga Muhammad Muhaimin di ghumah wan den. Nak join contest sementara beliau tidur. :)

*Click banner kalau nak join. 

Tag : Athirah dan Anis Maisarah


17 Dec 2011

Contest : I'm a Super Cutest Blog by Faz and Erin



Nak join? Click banner*


*screenshot AppleBerry.

Syarat - syarat ;
syarat penyertaan :

like fanpage Faz dengan Erin **wajib!
follow blog Faz dengan Erin untuk tahu perkembangan contest nie . . 
   **wajib!
tempekkan banner contest nie kat entry korang . .
buad satu entry bertajuk 'Contest : I'm a Super Cutest Blog by Faz and Erin'
jangan lupa , sila print-screenkan gambar blog anda . . ^^
tag-kan sekurang-kurangnya 2 orang rakan anda dan pastikan dia orang tahu
   dia di-tag . .
da siap ? tinggalkan link anda dekat blog Faz atau Erin . .
link anda mestilah terus pergi ke entry contest . .
tarikh penyertaan : 7.12.2011 - 15.1.2012
#Copypaste


Nak tag Myla and Farra*

1st giveaway by Anis and Aina.



  Click Banner untuk join*

Nak tag Athirah dan Shazaz.


16 Dec 2011

Contest Blog paling ringan di Malaysia.


*join contest kejap!

Lyana rase blog Apple Berry nie dah sehabis ringan dah! Tak percaye? Tengok tu. (bawah lahh)


Haaa. Korang pcaye tak? Ringan kan. Lyana ada baca, blong yang ringan adalah below 100KB. So, lyana? Ringan lah kan. :) Lyana nak tag kak fizah lahh. Lame lyana tak dengar berita die. Miss youu! :) 


New Look!




Auppsss. Hee, korang tak salah lah. Nie memang blog lyana. Dari Smiley Monster ke Apple Berry. Amazing right? He3. Actually template ni ade yang lyana edit sndri. (Sume org pun edit lahh) Tp, dalam banyak-banyak skin yang lyana guna, skin ni yang agak banyak lyana coding. Baru lah lyana rasa kepuasan nye. Sangat lah seronok sebab hasil kerja kita look Wow! Huu2. Hmm, ade blogger kate kalau kite guna font yang kite download and jadikan font tu as post at blog tak menjadi. Betul ke nie? Hmm, lyana guna font Drafting Table dan agak risau kalau korang view blog nie tapi bukan font yang sepatutnya. Dan blogger 2 kata, hanya orang yang download font tersebut je boleh tengok font tersebut. Errghh. Hemm, ade sesape tak yang baik hati nak print screen kan untuk lyana? Please lahh. *Sape yang sudi print screen kan utk lyana tu nnt lyana akn buat satu entry yang Special untuk die! :'/ #Merayu tahap ghaban rite? Anyway, lyana baru ke buat 2nd acc twitter. :) Nanti kalau ade mase lyana link kan ok? Dah tu, follow-follow lah ekk? :) Cam tak biasa pulak! Weeeeee. 

14 Dec 2011

Blog baru? Lama lahh.



Haaaa, lawa takk? actually tu bukan blog baru lyana tau. Itu blog vaniellachocolate. Tp lyana dah tukar URL die kepada www.special1009.co.cc. Korang click je lahh ekk. And to Myla, lyana bukan nye tak hupdet blog tapi lyana sekarang tengah intai-intai skin yang suit dengan Smiley Monster. Lelame bosan pulak lyana tengok blog nie. Kalau lyana bosan, korang lagi lah wright. And and and, kalau korang ade terjumpa skin yang suit atau nak bagi freebies blogskin tell me at shoutmix ok? Malas lah nak godek2 blogskin kat http://www.blogskins.com/ Hmm, lyana risau lah Shoutmix sekarang nie nak kena bayar. Nak guna Chatbox tak syok pulak rase. Eissh. Nak shoutmix jugak lahhh. Huhuhu.  Anyway, korang jangan lupa view Special 1009 ok? Do follow tau! :) Eve tak brape santek macam korang punya tapi, view je lah. Lyana tak brape expert lagi lahh. Muehheheheheh. Maybe lyana kena berhenti sekarang jugak. *Haaa, lyana baru je lepas beli charger phone. Pastikan beli yang ori ok? Jangan pulak beli yang Rm5 pulak. Baru 4 jam guna dah rosak! Muehheh :D Dengar niie: 'Pastikan Ori Baru Beli' .. Ok lah, Bubyee! :)


12 Dec 2011

Tiada title. Sangat bosan!



Wuaaaaaa! Nothing to do right now! Eishhh, nak buat ape nie? Tadi ade jugak cuba bukak myspace yang dah berhabuk tuh. Myspace? bosanlah. Godek-godek, bukak twitter pulak. Ada apa dengan twitter? Maybe sebab tak tau nak guna so BOSAN lah kann. ;( Teringat pula dah lama tak hapdet blog. Nak cerita ape dekat blog pun tak tahu. Bukak blog Joyah, Jenab dengan Semah sume nye pasal contest! Zuhairah ade tag utk join contest tapi rase dah bosan. Sebab Tak pernah-pernah menang. Actually hari ni aunt lyana masuk wad, die discharge on friday. So, baby die lyana lah kena jaga. Dah lama dah die bagitau. :) Tapi  kenapa lyana? Sebab lyana nie ade ciri-ciri keibuan kowt! Ha3. Maybe! So, lyana akan follow aunt lyana balek kampung lah nak jaga baby. Tak kesah pun. Haaaaa, teringat pulak yang charger phone lyana rosak! Hajat dihati tu memang lah nak beli tapi.. Nak pegi bila? Takpe2, Samsung Galaxy Tab kan hado. Boleh guna. tu lah yang herran sangat nak beli benda alah tuh. Lagi pun phone cuti-cuti nie bagi lyana tak bermakna sangat sebab masing-masing buzy right?.. Ape lyana hapdet pun lyana tak tau dah. 'ENTRY ROJAK' ..Memang kena sangat lah tu kan! :) Japp2, sebelum lyana akhiri entry nie, lyana nak luah kan siket prasaan lyana yang lyana tersangat jealous tengok Elfira berlaku dengan Mr. RP lyana. Cehhh, mcm lyana punye je kann. Haruslahh! Chopp2, kalau you all nak tau lah kan→ Ibu lyana pernah hantar Nurul Elfira Loy a.k.a Qalesya 2 pergi sekolah dengan along lyana kt SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. Tp rasenye die dah tak sekolah situ dah kowt. ==' 

Agak gile sikit dengan Mr. RP sebab mimipi cintan-cintun dengan die! Aduyaii!


6 Dec 2011

Magic Giveaway!





Cutekan banner die? As usual, setiap contest or giveaway sure lah ade rules right? Nampaknye, lyana join contest lagi lah nieee.. ;D
  • Mesti ade belog. Terbuka kepada lelaki dan perempuan. Terbuka kepada semua orang seperti berwarganegara india,cina,melayu,sabah,sarawak dan lain-lain.
  • Tidak wajib follow blog DinaHazimahSabrina.Lebih baik follow untuk mengetahui perkembangan GA.
  • Buat satu entri bertajuk 'Magic Giveaway by DinaHazimah,Sabrina'. Ikut suka korang nak buat entry panjang or pendek. Letak banner contest. Linkkan terus ke blog Dina(jika korang dari blog Dina) atau Hazimah (jika korang dari blog Hazimah) atau Sabrina (Jika korang dari blog Sabrina) Wajib tag 3 orang bloggers.Pastikan mereka tahu.
  • Kalau dah buat entry copy link entry dan pastekan di ruangan comment  Dina (jika korang dari blog Dina) atauHazimah (jika korang dari blog Hazimah) atau Sabrina (Jika korang dari blog Sabrina).
  • GA akan terbatal jika kurang dari 20 orang join semasa seminggu GA dijalankan.
So, lyana nak tag lah beberapa orang blogger yang bertuah. Jeng3:

3 Dec 2011




Yuhuuuuuu. Haaaa, rindu kita tak? Rindu kan? Kann2? Heee, cakap je lah tak payah malu, kita tahu lahh. STOP! :) Haaa, actually hari ini kita nak bagi tau korang sume yang kita nak buat segmen bersilat di dapur. Wooo, sure lah gempakkan? Memandangkan semalam 2/12/11 my mum takde dirumah, so tiba lah masenya untuk menjahanamkan dapur kan? He3. Ni lah kali pertama (bulan Doblas) kite masuk dapur untuk .. MASAK! .. Ha2. Nie ke anak dara? FORGET IT! ;D Ok2! Cube teka ape yang kita masak? Kite bagi 3 saat untuk teka. 1...2...3 Heyy, lambatlah korang nie! :P Kite masak bnde yang paling simple → Sup Ayam+cendawan shitake 'Simple' :) So, kite nak share lah camne nak buat! Hee. Macam die sorang je yang tau kan?  

BAHAN-BAHAN
Dada ayam ( Dipotong kecil )
2 biji kentang ( Kite tak suke, so tak letak lah )
Carrot secukup nya
Cendawan shitake. ( Sedap!, kalau takde takpe. )
4 biji bawang merah ditumbuk. ( Kalau tumbuk baru keluar rasa die! )
Ambik 3 biji garlic ditumbuk ( Kalau takde, bleh mntak jiran )
1 inci halia ( Sape suke, letak lah )
Minyak masak ( Prefer olive oil lah )
Kiub ayam secukupnya
Garam secukup rasa.
1 1/2 cawan air. ( Kite suke yang berkuah, so kite letak 1/2 baldi. TIPU! )

CARA-CARA

  1. Panaskan minyak. Then, tumis bawang merah, garlic dan halia yang telah ditumbuk hingga naek bau. Eurmm. Yummy kan?
  2. Masukkan air, ayam, shitake, kentang dan carrot.Masukkan juga garam secukup rasa. Biarkan pada api yang sederhana selama 1/2 jam. Jangan lama sangat! Nanti kering kuah korang. ;D
  3. Tarrraaa. Sedia untuk dihidangkan. Kalau korang suke, boleh tabur daun sup atau dauun bawang atau bawang goreng. ( Leceh je kan? )
# Gud Luck! ;)

27 Nov 2011

Daftar Nuffnang


Actually, post ini direquest dari MyLa. Dia suruh lyana buat entry ni sebab mungkin die rase lyana jekowt yang pro. Ok! Stop it. Nuffnang ini dikenali dalam kalangan blogger keranan kita akan dapat duit kalau dapat menarik trafik ke blog kita. Tak mau cerita lebih sebab takut tersalah bagi ilmu. So, jom mulakan! ;D



Ok! Mula-mula daftar nuffnang dengan cara klik je mana-mana banner nuffnang yang korang jumpa. Bagi yang baru nak daftar, CLICK HERE

Bila dah bukak home Nuffnang yang camni.

Lepas tu, klik sign up kat atas tu. Kat sebelah kanan tu ada pilihan bahasa. Gunalah bahasa yang korang score A. :)
Then, akan kluar kat bawah tu sign up as, sila ambik blogger.
Kemudian isi segala pertanyaan yang ada kat situ. Ok atau pening? :0


Isi segala pertanyaan sampai bawah, and kat bawah tu lepas baca pasal term & condition Nuffnang, korang tick je semua yang disuruh tick. Ermm..tapi kena la faham T & C. ;)
Kalau cik2 puan nie bwh umur, sila minta izin parents or guna ic org dewasa! Cnth: kakak, abang. Minta izin ok! 


Ok dah, korang akan masuk page utama iaitu kira home korang la yang macam lyana punya ni.

 Yang lain-lain tu boleh explore sendiri, lyana cuma nak tekankan pasal Blog Manager ni.


 Yang ada heart merah tu perkara-perkara yang penting. Pilih opsyen Global CPC, baru ada iklan bila trafik anda naik. :)

GUD LUCK MY DEAR MYLA! :)




25 Nov 2011

SMKSK vs SMK DUHA.


Haaa, sekolah mane tuh? Haaa, itulah bakal sekolah baru lyana. Lyana nak pindah? Hmm,keputusan nye pada 5 Disember 2011. Hehe. Tak sabar kan?.. Heee, insya-Allah kalau ada rezaki mungkin lyana akan sambung belajar kt SMK Sg Kertas.. Tapi, kalau takde rezeki, nampaknye, sekolah di atas lah sekolah lyana. SMK Dato' Undang Haji Adnan. :'( Dan2, Lyana cuma akan maklumkan kat orang2 tertentu sahaja tentang keputusan yang akan diterima nanti dan orang itu ialah My BFF, Afira Alias.. Sebab? Lyana nampak die risau sangat. Tak baeklah macam tu kan. Kate kawan. =) Haaaa, btw baru-baru nie lyana ada terbaca surat rayuan yang ayah lyana buat supaya tidak di transfer kan. Wow, hebat lah ayah lyana. Kan2? Lyana jumpe surat tuh mase kemas2 rumah. Tapi JUJUR, lyana dah tak berani nak tanya pasal pindah-pindah ni. Lagi pun sekolah tuh boleh tahan dekat jugak lah dengan rumah baru lyana tuh. So, lagi lah senang kan. Senang? Hmm, just wait and see je lah. Relax lah beb, even lyana pindah sekali pun, kite still boleh jumpa kat social network yang lain.. Wright? =) 

21 Nov 2011

SGT 10' for you.


Special credits: Google.

Woot. Yang kat atas tuh bukan kite punya ok! Kite punya baru 3 hari beli tak kan dah ade keyboard kan. hehe. Kalau nak keyboard 2, sruh tab 2 beranakkan. kehkehkeh. So, kite kalau nak berfacebook, google, youtube dll, kite kena gune on screen lah kan. Bercerita mcm die je yang hade kan! Yaa, of coz lah kan. Bnde baru dapat, suma nye nak diceritakan. Tapi, kalau kite dapat MY SYG kite, kite diam je ok! Haa, cakap pasal MY SYG nie kan, kite pun tak tau lah. Kite rasa die nie jeles dengan present yang baru kite dapat nie. Hehehe. Awak jangan lah jeles ok, nnt kite hadiah kan awak kotak nye. Awak gunting dan tunjuk lah kat kawan2 awak! :) -Cadangan nie! Ok fine, kite tau tak lawak. Tapi, ade aku kesah? Hahaha. Memandangkan kite ade adek, so stakat nie die je lah yang pegang, sketch sane sini. Alahh, budak2 macam 2 lah. Teruja? Of Coz! :) Actually, kite post kan entry nie lepas kite received message from MY SYG. Nampak sangat cuti2 nie on phone and laptop kan even sekarang nie Malaysia vs Indonesia. :)

# Restu ayah bonda with MY SYG! Release tension jap.

Surat cinta.


Kekasihku yang dirindui...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. :-(

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
NLMS

# Camne? Terbaekk!! Haha.

SGT. Mine only.



Hari ini merupakan hari ke-3 kita bersama tab. wahh. Aku ade! Kau hade? Hehe. Ayat yang biase keluar dari mulut nie. Hee. Seperti yang dijanjikan oleh my parents, disebabkan peningkatan prestasi yang drastik this year, maka dapatlah SAMSUNG GALAXY TAB 7''. Ehh2, kite tau you all jealous wright? Kite hengad kan dapat tab nie after PMR, tapi dah rezeki. Kite terima lah seadanya. Kalau zuhairah boleh dapat DSLR, kenape kite tak boleh dapat galaxy tab kann? Hah! Memang terbaek lah kan. My mum ade pesan kalau dah dapat tab tu, jangan asyik nak focus ke situ saje. Study, homework kena balance kan. Ok! Promise mum! :) Hee. Sangat lah suke. Pastikan result PMR tahun depan 9A's! Insya-Allah. Wish me luck! 

# Baru2 nie kite dapat offer jadi model herbalife utk sorang customer. Nak ke?
Eiishh! 

Contest Blog Simple But Awesome

Assalamualaikum.


CLICK HERE to join.
Actually, nie kali ke tiga puluh ratus kita join contest tapi belum pernah menang. Haha. Saje cuba nasib. Mne lah tau yang ni kite menang. Kite dapat tau pasal contest ni pun dari blog Kak Hafizah kesayangan kite tau. Jangan jealous ok! Hopefully kali nie kite menang. Wahh! 

18 Nov 2011

Jamuan 2AA 2011.

Assalamualaikum.

Today, kite nak share with you all about jamuan kelas kite, 2AA. Kite share kat sini sebab skrg nie facebook bahaya. Tanggal 18 November 2011 merupakan detik bersejarah bagi semua students 2AA. Sebab, next year kite kena b'pisah dgn beberapa orang kawan kite. Hmph. OK!! Lupekan pasal semua tuh sekejap. Even bnyk games yang t'pakse AJK permainan batalkan, jamuan nie tetap 'best' wright? Hee~ Best lah sangat kan. Haha. Mase jamuan tadi kite just makan 4 potong honeydew and chocolate cake afira je sangat sedap itu. Kat bawah nie kite nak post beberapa pic yang sempat dicapture oleh Zuhairah dan Lyana.

kek 2AA. Even kita dduk sebelah kek, kita yang tak dapat

Syahmi dan guru kesayangan kite, Ckg Nora 

dari kiri: Akhma, Afira dan Asyikin.

Dari kiri; Farah dan Syahirah. *Pic zu takde sbb die papandai delete dr camera lyana. 

Ckgu Nora dan pljr cemerlang form 2, Syahidi. Lyana? no.2. :)

Yg paling kanan 2 present from Ckg nora sbb jd pljr cemerlang (P) 2AA,2011. 

Kite tak upload video lagi sebab kite arrange dulu. Kalau rajen, follow and view lah blog kite untuk info dan video selanjutnye. TQVM. :)

# Kali ni kite just dapat 8A 1B je. Highest? Syahidi, 9A's
Tahniah. :)