25 Apr 2012

National Library of Malaysia


22 April 2012. Lyana and kawan2 3 Akmal akan ke PN! Asal? Ramai tak percaye? Kali nie lyana pegi okeyyy! Ade yang tanye: " Lyana pegi naek bas ke? " Hahaha! Memang tak lah kan. Lyana follow zuhairah naek kereta ayah die. Die kate pukul 10pg kat bus stop sekolah. Sape lambat - TINGGAL! Okeyy. Check phone je, lyana dpt message dari afira : " Lyana dari rumah pukul bape? " of course lah pukul 9.40 dari rumah. Sampai je, nampak afira dengan farah ain dah ade. Alhamdulillah zuhairah belum sampai lagi! Tunggu punye tunggu sampai pukul 10.30pg cam tuh baru zuhairah sampai. Sementara nak tunggu zuhairah, ramai pandang farah, afira, lyana kat bus stop. Maybe die orang ingat kite orang tunggu bas kot.! Haha! :D On that time, syahirah ade mesej afira kate die dah lame sampai, group irfan pun dah sampai. Kite orang lambat! 
*
Finally, zuhairah sampai! Ape lagi, terus masuk then ayah die tanye pasal PN. So, lyana jawab je laa soalan ayah die sebab nmpk mcm lyana je yang tau. Jawab punye jawab sampai farah tanye : " Lyana, ko bawak i/c tak? " Haha! Mmg tak lah. Lupe beb. Dalam kereta time tuh mmg kecoh lah. Semua bawak i/c lyana je tak. (Boleh2 je tinggal) Farah kate sape tak bawak i/c nnt polis tangkap!. He3! :D Memang riuh kereta tuh borak pasal i/c. 
*
Sampai je pn, ayah zuhairah kate tambang nnt mintak kat zuhairah. Lyana, afira, farah mmg tak faham. .. kena bayar ke beb? (Farah muke cuak sbb bwk RM 17 je) Actually, ayah zuhairah gurau je :) Ok2, sampai2 PN  nampak diena, kak jem and shu. Kite org pegi tanye dorang sape je dah smpi tp dorang xtau. Afira call syahirah kate die kat bngunan blkg. Okey, dah jumpe. Terus naeklif tingkat 8. Nampak la fatin, afidah, fa'iqah, asyikin, syahirah! Then, turun tingkat 6 cari bahan. Dah jumpe, fotostat 4 set. Sementara tunggu bahan, pegi turun cafe. Zuhairah n afira nak beli air. Naek balek, ambik bahan! Cadang nak balek. Farah kecoh nk pi McD! 
*
Eksaited je nak pi McD tp x tau kat mane. Jalan balek pun xtau sbenanye. So, kite orang buat kputusan nak follow irfan, syahidi, anas, aliff balik. First, ambik teksi dpn IJN. Terus pegi Pusrawi Jln Ipoh ambik bas U6. Kelakar sbb aliff jatuh dlm bas! :) On the way nak sampai area laksamana, anas suruh lyana turun dpn seri siantan! Jalan besar, banyak keta kot! tanak! then, lyana, syahidi, anas, aliff turun kat mane tah (tak tau) Pastu anas tanye : " Lyana, kau balek dgn sape? " .. Of course lyana balek dgn mak kan! .. Anas tanye lagi : " Dah call mak belum? " .. Sambil dengar tak dengar kate je lah, DAH! :) Tetibe, lyana rase risau sbb phone takde dlm beg! OMA! Tapi tak pe, teruskan jalan sampai rumah. Terase panas beb kaki! 
*
Sampai rumah, terus check lagi beg. OMA! phone mmg takde. Lyana terus mintak izin mak lyana nk pinjam phone! Alhamdulillah my mum bagi mse tuh. Dpt phone terus call farah, irfan, syahidi. (No. nie je yang ade) Nk tnye, dio org nmpk tak phone lyana.  Mmg die orang tekejut lah. Lyana siap ajak irfan pegi carik teksi tu balek! :) tapi, mmg tak dpt lah kan.  Ok lah, bubye! (
Penat menaipp! )

17 Apr 2012

Larangan Menggunakan Perkataan Salam, Akum & Bye


Lyana rase nak share sedikit pengetahuan. Key fine! Bnde nie mmg dah lame. Tapi yang lama lah selalu orang lupekan? So, lyana nak ingat-ingat kan perkara nie bia melekat dalam minda korangg! :)

Siapa yang menggunakan perkataan "SALAM"?Apakah maksud disebaliknya? 
Maksud salam ialah : Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah "salam" (selamat tinggal)
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk) (QS : 43:89)

Oleh itu, sebaik-baik perkataan adalah
Gunakanlah ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Jika menjawab salam, jawapan yang betul ialah
 Waalai kumus salam dan bukannya Waalai kum salam.

Jika ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, Assalamualaikum pada AISYAH ye"
 dan bukannya "Kirim salam kat Aisyah ye".

Dan jangan pula menambah-nambah "Tolong kirim salam maut kat dia ye". Walaupun ianya dianggap bergurau tapi ianya telah menyalahi syariat dan berdosa walaupun bergurau.

Selain itu jangan gunakan singkatan Assalamualaikum kepada Akum sebaliknya gunakanlah AS SALAM. Ini kerana perkataan Akum adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud "Binatang".

Jadi, mulai sekarang gunakan AS SALAM sekiranya ingin gunakan shortform  kerana ianya bermaksud sama dengan ASSALAMUALAIKUM.

Jangan gunakan "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "di bawah naungan pope".

14 Apr 2012

Wordless saturday



Dah baca tajuk entry nie? Bagus! :)

Lyana baru je touch-up blog nie. Cantik kan? Thanks zuhairah sebab puji. ;)

Dalam perancangan nak buat Tiramisu cake! Dari last week teringin nak buat. Kalau buat, lyana upload gambar okeyh? :)

Best kan kalau kite dapat berkawan ikut cara lelaki berkawan. Maksud lyana di sini bukan nye berkasar sangat cam die orang tapi.. Cube perhatikan eh:

Perempuan kalau gaduh, mesti simpan dalam hati lame-lame. Lepas tuh mesti dari mulut ke mulut. Selagi tak puas hati, ade je die nak kate kan?..

Tapi, kalau laki nie senang siket. Walau macam mane die orang gaduh, takkan lame. Nanti, die orang akan talking-2 balek. Kalau gaduh pun, tak lame kan?..

Korang perasan takk? Lyana teringat benda nie sebab tadi lyana nampak abang lyana dengan kawan-2 die ade borak2 kat rumah. Kan best kalau lyana dapat join group die orang. Walau ade konflik berlaku, die orang still kawan. Pergi mane-2, 4 orang mesti WAJIB! :)

Ok lah, Bubye! :) Nak tido kott!



12 Apr 2012

12 April 2012.


Weeeeeeeeeee. Sudah lama lyana tak update blog nie. Mase tak mengizinkan even semalam cuti. kite study keyy! Nak exam dah kan? Mane lah boleh aktif sangat. Ok, abaikan!..
Hari nie lyana nak update pasal hari nie lah. Sesiape yang sambut birthday hari nie, Happy Birthday! :) May all your wishes comes true. Yang ade masalah dengan kawan, adik, abang atau 'kawan' , tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan. Minum air banyak. Relax and tak mau sedih-sedih okeyy? Senyumm :)
*
..Lyana mula bercerita, mohon senyap!.. Ok, memandangkan semalam cuti, Zuhairah sememang nye ade banyak cerita. Memang tergeak habis time sejarah tadi. Even die busy buat nota, mulut dan tangan jalan se-iring! :) ha3. Kite orang borak pasal MANIA! Kite orang pakat nak singkirkan Ebi. Then, zuhairah kate die tak minat sangat dengan Atilia, Jaclyn, Shila Amzah. Ok, setiap orang ade pandangan masing2!.. Ok, farah pulak. Die cerita laa semalam die tolong mak die jage kedai. *Bagus!* Die kate die bengang semalam sebab ade sorang budak nie datang kedai die. Nak beli air yang mahal-mahal, gula-gula, mainan tapi cuma bawak RM 0.20 ! Heyy, memang lah kan. Budak tadika. :) So, mmg cam tuh. Die orang tak faham sangat. Ape yang die nak mesti dipenuhi. Cehh :D Afira pulak, lyana saje kacau die hari nie. Sampai die kate : 'Lyana kenape hari nie kacau orangg je??'.. He3 Lyana memang macam tuh. By the way, memandangkan tadi geo cikgu takde. So, cikgu Munir masuk kelas kite orang nak bagi kertas (latihan math) Chapter 7. Afira kate senang. Sebab kalau die boleh jawab, zuhairah farah and lyana confirm boleh jawab!.. And mase lyana tengah buat math tuh, mula-mula irfan ade panggil zuhairah suruh ajar die. Maybe zuhairah busy, die panggil lyana. Lyana nak ajar orang? Honestly, ramai orang kate lyana kalau ajar laju.! dan lyana terima maklum balas tuh dengan positif. Lyana mengaku yang lyana kalau ajar memang laju. Dan lyana akan cube ajar ikut speed mind korang!
*
Finally, irfan bangun terus mintak farah ajar kan. So, kite orang yang laen nie just tengok je lah teacher Farah Ain ajar muridnye-Irfan Najmi. Tapi, yang paling kelakar time balek lah. Irfan ade tanye pasal soalan nombor 24. Pasal trapezium. :) Farah kate kena campur. Lyana dengan Zuhairah kate kena tambah. Irfan lah yang jadi mangsa.! Pastu irfan kate : 'Bukan campur dengan tambah tuh same ke?' Hahahaa Hmm. Ye tak ye jugakkan. Penat je kite orang bincang soalan tuh tadi. Memang tak perasan yang campur dan tambah adalah same! Tapi, memang best lah tadi. Zuhairah ade cerite pasal mak die lah, jam playboy yang pakcik die baru beli. Tapi, even zuhairah cume lukis-lukis je jam tuh, lyana dah dapat bayang kan betape cantiknye jam tuh. Harge die dalam RM 200 lebih. Ok la rasenye.

Untuk irfan: Sory pasal pen tadi. Lyana TER-kutuk pen kamu! ha3.. ;D

4 Apr 2012

Fakta tentang Handphone.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu sewaktu kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya :
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk *Lyana* :)

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

 5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

3 Apr 2012

Ayat Tersirat Wanita

  Hari nie lyana nak share tentang ayat-ayat yang biase keluar dari mulut seorang wanita, perempuan, gadis dan isteri. Cehh Ha3 :D

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek?
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek?
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku!
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban eh?? Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok?? Cuihhh!!!
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu!!!
Apa pendapat lelaki lelaki sekalian???
Love!

GiveAway By AneyzSams .


Rase macam nak join GA sbb tengok baru sorang je join. Maybe teruja nak jadi yang no 2 kot. :)

Syarat2 :
  • Tak payah follow pun takpe .
  • Buat entry and backlink . Copy banner .
  • Hantar entry kat SINI eh . *SHOUTBOX OR ENTRY LAIN TAK DILAYAN .
  • Like PAGE NI . > HERE <  *wajib 
  • Tarikh tutup 10hb
  •  - Seminggu je .




Lyana takde power tauu ! :) :)

Hope En. Random yang hensem pilih lyana. ;D Aminn~