3 Jul 2012

10 Fakta tentang wanita


1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥ 

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri. 

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka. 

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya. 

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.” 

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. 

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥


Cinta, sayang, minat dan suka. :)



Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita . Segala apa yang kita buat , kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati dia . Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi .. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita . Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya .. )
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut habis terburai .. haha . Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita . Kita akan suruh dia diam sekiranya tekak kita dah nak pecah ! hahaha . :)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat , peribadi atau barang yang kita mahukan)
p/s : Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita .. tidak akan CINTA pada seseorang itu. -lyana sekadar berkongsi! :)