1 Nov 2012

16 Fakta Tentang Apa yang Wanita Suka





Kaum wanita dan hawa sememangnya kuat sifat derianya ,(macam lyana :D) dari hujung kaki hingga hujung rambut dan padan lah kalau mereka nak bersiap memerlukan 3 atau 4 kali masa yang diambil oleh kaum lelaki. -tak kot, kite simple! :)
Dan oleh sebab komplesiti dan sensitiviti wanita, mereka sangat-sangat sukakan:-

1. Bau-bauan yang wangi dan menyegarkan.
2. Warna-warna yang terang dan menarik seperti bunga ros.
3. Objek-objek yang comel seperti teddy bear, patung-patung kecil
4. Baju-baju yang penuh dengan ketilitian dan kehalusan, seperti renda bunga pergelangan tangan, sulaman halus pada baju.
5. Barang kemas yang rekabentuknya menarik kemas tampak bergaya dan elegan
6. Makanan-makanan yang sedapenak dan rasa yang unik, kalau dibandingkan dengan lelaki dengan sifat “belasah saje”
7. Barangan bayi, kerana sifat keibuan yang merupakan fitrah semulajadi wanita.
8. Puisi dan sajak yang menonjolkan rasa kasih sayang dan cinta
9. Cerita, movie dan kisah romantik yang mengasyikkan
10. Lagu-lagu jiwang, kerana lirik-liriknya yang menceritakan hati mereka
11. Mendengar kata-kata manis dari diri anda untuk dirinya supaya rasa dihargai dan disayangi.
12. Dimanjakan dan dijaga dengan penuh kasih sayang
13. Gosip dan Artis mahu mengetahui trend terkini dan selalunya dijadikan idola.
14. Shopping! Mereka suka menyimpan koleksi supaya dapat kelihatan berbeza sentiasa.
15. Alat solek dan penjagaan kulit supaya sentiasa kelihatan anggun dan berseri menjadi daya pemikat kepada lelaki
16. Kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi “surprise” dalam bentuk hadiah, sambutan hari jadi, sambutan ulang tahun perkahwinan.

Haaaaaa, ape lagi. Kongsi dengan rakan-rakan lelaki awak supaya mereka lebih memahami sifat feminin kamu! :D 

6 Sebab Wanita Beruntung Mempunyai Rahim



Bukan ape, tadi lyana google dan terjumpe artikel nie. Memandangkan rata-rata pengunjung ialah wanita, jadi tak salah lyana berkongsi. :)

1. Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA..

Itu sahaje setakat nie. Ade tips menarik, lyana akan ping dan share untuk korangg! Suke takk? :D  :)