14 Aug 2012

Irma Hasmie disahkan Mengandung



Daripada Murai.com.my


KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada murai.com.my.


Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.

"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.

Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat.

13 Aug 2012

UPDATED Merdeka-Raya Random Giveaway


MESTI BACA!

LIKE FANPAGE PENTING SBB PEMENANG AKAN DIUMUKAN DI FACEBOOK ATAU BLOG ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI! 


Guys! Ramai dah tau yang random problem right? But tadi lyana baru check dan boleh! :) Tapi, kalau die jadik balek, maknenya lyana akan cabut sendiri lah pemenang berdasarkan entry paling kreatif/kekemasan blog okey? Baru la adil. Promote mati-matian sebab ade habuan untuk top referral :) EXTRA RAJIN IS NEEDED!

Yang belum join?

Guys, lyana dengan bangga nye nak jemput korang berbuka puase di rumah join Merdeka-Raya Random Giveaway by Lyana's Studio. Hadiah menarik! Syarat mudah dan simple. Ade top referral dan 3 pemenang! :) Nak join? Click banner di sidebar atau click Merdeka-Raya GA here! 
CLICK BANNER CEPAT! 



 

Dan Insya-Allah, Zuhairah akan sponsor beberape hadiah lagi. Kite orang dah bincang mase nak balek tadi. Sambil berdiri, memang penat la! Zuhairah kate die pun teringin nak buat giveaway! Kalau die buat, lyana bagi tau. Promote pun boleyh! :) #HAHAHA