4 Jan 2012

Sesi persekolahan 2012 kini bermula.

 Yuhuuuuuuuuuuu. Hari nie hari pertama lyana ke sekolah bagi tahun 2012. Actually, dari semalam dah terasa debarannya. Weee. Actually, hari ni adalah hari yang agak memenatkan sebab hari nie lepas je balik sekolah, lyana terus pergi SKSTB untuk tengok adik lyana. Biase lah, budak darjah satu sure lah nak kena teman je kan. Serius penat! Dengan cuaca yang agk panas memang menggigit-gigit pipi lyana. Ouh, bisa nye. T_T
.
.
.
Ok, bisa panas dah hilang. Sebagai seorang pelajar 3 Akmal, mesti lah ade aktiviti nak lantik-lantik ketua kelas lah, penolong lah, setiausaha lah, K.Kbrsihan dan macam-macam lagi lah. Maklumlah, mula-mula sekolah mesti lah macam nie. Tapi sebenarnye, salah satu azam lyana adalah: AKU TAKNAK PEGANG APE-APE JAWATAN WALAUPUN AJK. Tetibe pulak, hari nie lyana di lantik jadi Setiausaha kelas 3 Akmal, atas cadangan Fa'iqah kalau tak silap lyana. At first, die orang lantik lyana jadi pen. ketua kelas. Heyy, Memang TAK LAH! Dengan suare ala-ala gedik-gedik manja nie memang tak layak lah kan. And tadi, mase Agame, Ustazah Azilawani. Ustazah suruh lah ketua bagi salam, ketua takde. Suruh pulak penolong, penolong takde suare. Suddenly, ade pulak suara yang sayup-sayup kedengaran .....Setiausaha..... OMA! Lyana terus buat don't know dan pura-pura tak dengar and at last, Super Hero 3A, Irfan jugak yang bagi salam. Ouihhh. ape-ape pun, hari nie merupakan yang agak happy. KOWT! Ha3. :D

LIKE FANPAGE LYANA TAU : 

Baru je semalam create page special untuk blog puaka comel nie. Uwekk! Tapi dah 32 orang like dalam sehari. Suke lahh! :)

30 Dec 2011

Tips jadikan blog anda menarik. *hot



 1) Blog Lambat Loading / Beratt

kalau boleh jangan la letak macam² kat sidebar korang tuh ye . ye la , ada sesetengah orang tuh , selagi tak penuh sidebar dia , memang tak sah la kan . tak perlu semua tu kowt . menambahkan berat blog korang je nanti . letak benda² yang penting je , okay guyss? :)


2) Background music

Lyana lebih prefer blog yang pasang music yang simple² and jenis yang relaxing je . sebab , lyana tak berapa selesa bila lyana bukak aje blog tuh , music dia start punya la berdentum² .  cuba bayangkan , lyana tengah ber-blogwalking tengah² malam sunyi sepi , sekali terdengar pulak lagu² ala-ala blackmetal gitu , tak ke terkujat beruk lyana nanti ? tak kesian kat pengunjung blog korang ke ? huhu . 


3) K-Pop

okay , lyana tahu sekarang nih ramai orang yang tengah tergila-gilakan K-Pop . tak salah kalau korang nak minat benda² tuh semua . cuma , tolong la jangan kasi kepala lyana pening baca semua tulisan² korea korang tuh . kalau sikit² tu boleh dimaafkan lagi , tapi kalau semuanya korang taip dalam tulisan korea macam mana readers nak paham ? kesian tau pada sesiapa yang bukan peminat K-Pop tuh . mungkin korang fikir lyana ni kuno kan?  *kesah pulak aku! tapi tuh la , Lyana nih bukannya belajar advance sangat , sebab tuh tak paham pun bahasa² korea ni . sorry , setakat ni lyana cuma tahu bahasa Melayu , English , Arabic je . bahasa korea tuh , next time lyana belajar , okay ? :) *kowt lahh! :P


4) Cara penulisan

remaja Melayu kita zaman sekarang nih dah advanced . tengok la , sesetengah cara penulisan diorang tuh punya la berbunga-bunga . apa tu orang panggil , "Bahasa Rempit" kan ? memang rempit betul lah bahasa tuh ! sampai tergeliat lidah lyana nak membaca satu² ayat tuh . kau tengok contoh ni :

aquw mencii betowll lhaa nan mamad uwh ! adew kew patowt dea remove aquw drii fwend list tart pesbuk dea ! dea engat aquw nux sanadd kew kawan nan dea ! eii , gewammm !

haha . tengok , dah panjang sejengkal dah muncung lyana ni, punya la nak baca ikut lenggok ejaan ayat tuh. hihi. jangan buat macam tu ye. kesian kami² yang tak expert nih :P

Sekian , dari Lyana . korang ubah-ubah lah ape² yang patut ok? :)